Kad grafik terpantas dunia

|


PENGELUAR cip pemproses terkemuka dunia, AMD menampilkan kad grafik terpantas di dunia, ATI Radeon HD 4870 X2 untuk meningkatkan perkomputeran visual hampir menyamai apa yang kita boleh lihat secara nyata.

Mempunyai kuasa pemprosesan sehingga 2.4 teraFLOPS bagi memastikan ia dapat menyediakan prestasi amat memberangsangkan pada harga mampu dimiliki.


Kad ini menggabungkan dua siri unit pemproses grafik (GPU) ATI Radeon HD 4800 dengan lebih banyak penyambungan GPU bersilang yang dimajukan di atas standard PCIe 2.0, sambil diperkuat oleh memori dua gigabait.

Gabungan itu menjadikan ATI Radeon HD 4800 X2 sebagai kad paling sempurna untuk game komputer popular masa kini dan masa depan kerana keupayaannya menyediakan kadar kerangka paling laju dan pelarasan kualiti imej serta resolusi di tahap maksimum.

Berasaskan reka bentuk dimajukan 55 nanometer dan sokongannya ke atas DirectX 10.1, kad grafik ini menyediakan kejuruteraan terunggul dijual pada harga RM1,756.80 (anggaran) dan bagi ATI Radeon HD4850 yang dijadualkan memasuki pasaran mulai September depan dijangka dijual pada harga RM1,276.80.

No comments:

Post a Comment