Menghalang Kemaskini Service Pack

|

Service Pack ialah pakej kemaskini untuk sistem operasi Windows. Sekiranya anda tidak ingin memasang kemaskini terbaru yang dikeluarkan Microsoft, anda boleh menghalang pemasangan automatik dengan menyunting registry.

Caranya:

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "regedit" dan tekan Enter

3) Kembangkan (expand) ke:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Policies\Microsoft\Windows\WindowsUpdate

4) Cipta satu nilai DWORD dengan nama DoNotAllowSP. Beri nilai "1".

Untuk kembali ke aturan asal, ubah nilai kepada "0".

No comments:

Post a Comment