Pemacu storan terbaru Intel lebih pantas

|

INTEL Corporation menghantar pemacu storan barunya iaitu Intel X18-M dan X25-M Mainstream SATA Solid State (SSD) yang direka berdasarkan teknologi pelbagai sel NAND 'flash' untuk kegunaan komputer peribadi (PC) dan laptop.

Peranti storan terbaru itu memiliki prestasi tinggi dalam dunia perkomputeran yang membolehkan pembeli komputer memiliki sistem tindak balas dimensi baru lebih ringan, menggunakan tenaga rendah dan sekata menggantikan pemacu cakera keras terdahulu.


Pemacu bersaiz 1.8 inci (X18-M) dan 2.5 inci (X25-M) itu direka khas untuk komputer berasaskan Intel yang menawarkan pelbagai faedah dalam industri pemacu cakera keras termasuk tindak balas pantas pada keseluruhan sistem dan menjimatkan masa 'boot'.

Di samping itu, ia beroperasi dalam keadaan senyap dan lebih sejuk memberikan pilihan terbaik kepada pengguna ketika memilih pemacu cakera keras.

Malah, sistem input serta output (I/O) SSD ini membantu memaksimumkan tahap efisien pemprosesan dengan meningkatkan prestasi storan sembilan kali lebih baik berbanding pemacu cakera keras tradisional.

Naib Presiden Intel dan Pengurus Besar Kumpulan Produk NAND, Randy Wilhelm, berkata sistem SSD baru ini memberi kelebihan kepada pengguna berdasarkan ujian yang dijalankan syarikat itu.

“Dengan menggabungkan kepakaran serta pengalaman melalui rekaan memori flash dalam pemprosesan kami, teknologi termaju dapat dicapai seperti arkitektur 10-saluran yang meningkat prestasi dan tahap kebolehpercayaan untuk platform komputer,” katanya.

Intel X18-M dan X25-M boleh didapati dalam kapasiti 80 gigabait (GB) manakala versi 160GB akan menemui pasaran tidak lama lagi.

Pemacu 80GB mampu membaca data sehingga 250 megabit sesaat untuk prestasi lebih pantas dan unggul dalam dunia perkomputeran.

No comments:

Post a Comment